Followers

23 November 2013

Asasi Undang-Undang UITM

Assalamualaikum si comel and si hemsem sekalian..

        Entry shaz kali nie berkaitan dengan law..shaz tujukan entry nie kepada adek-adek yang begitu berminat nak sambung dalam bidang law nie and kepada adek-adek after SPM. Selepas korang habis SPM je better korang duduk tenang and pikir sejenak masa depan korang, pikir apa yang korang nak ambil nnt semasa di alam universiti sebab lepas korang dapat result SPM permohonan online utk kemasukkan ke IPTA akan dibuka right? buka pun x de lah lama sangat.

 So x de lah korang tergesa-gesa nak isi and pening-pening kepala korang mase tu.Cara nak apply mohon IPTA pun ada cara, yang tu shaz akan update di lain hari okey. ^_^ memandangkan ramai sangat adek-adek yang tanya shaz pasal law so shaz nak cerita laa nie sedikit sebanyak..shaz juga student law dlu tp sekarang dah letak jawatan..:)


Firstly, untuk makluman korang asasi undang-undang kat UITM nie ada dua jenis,iaitu asasi undang-undang uitm (PI005) and campus ada 3 iaitu di Shah Alam, Uitm Merbok Kedah, and dekat Kuantan Pahang. and satu lagi asasi undang-undang KPTM yang ni hanya ada satu je iaitu di Shah Alam. Apa yang korang akan belajar nanti semuanya sama samaada di uitm atau di kptm, kptm juga adalah cawangan uitm tetapi berbezanya ialah kalau PI005 ini untuk ijazah, nanti korang hanya boleh sambung belajar kat UITM sahaja sama ada course undang-undang atau course lain yang ditawarkan and yang satu lagi kalau shaz x silap kod dia PI007 korang boleh sambung degree kat mana-mana sahaja universiti. Syarat kelayakan untuk diterima dalam bidang law nie sekurang-kurangnya 5A.tu pun korang kena dapat English and Sejarah at least A- and x de subjek yang gagal. kalau korang masuk asasi dia akan kasi korang duit elaun setiap satu sem and satu sem tu korang akan dapat aroun RM 1940 maybe. shaz dah lupa dah tapi sekitar tu laa.

Then, syarat untung korang sambung degree in law korang wajib dpt 3.0 (CGPA) and muet band 4. subjek-subjek nya semua dalam bahasa inggeris. untuk Semester 1 korang akan belajar 6 subjek antaranya:

LAW012 : hanya Introduction of Law..first kalau korang-korang belajar korang akan rasa ape dia laa law nie kan tp bila korang belajar secara mendalam korang akan suka..just a basic things, what is law? 

LAW016: ia pasal "Malaysian Politics and Government" so mmg banyak pasak politik and kerajaan laa. subjek nie mmg memerlukan sgt ilmu pengetahuan sapa menteri pertahanan, apa tugas agong and so onn.korang kena banyak membaca lah utk tahu benda nie. budak laki-laki mmg power tajuk nie. tabik lah..kalau lecturer tanye comfirm mereka buleyh jawab punya. and the most important you should have Federal Constitution.


LAW038: subjek ni pasal legal research. cara-cara kita nak buat reseach, then step yang betul utk reference like MLA and APA style, pasal types of sources, pasal library and banyak lagi. subjek nie paling mudah and paling mudah untuk korang nak score. 

CTU085: CTU ni adalah subjek pendidikan agama Islam. and bagi non-muslim ade subjek IDA. bagi shaz subjek nie tak susah and senang sangat nk score and you should get A+ in this subjek. korang pro punya..haa satu lagi nak cakap kalau sem satu korang kena hafal surah AL-Mulk and sem 2 surah AL-Baqarah kalau tak silap..so bleyh laa prepare daripada sekarang.

ELC: dia pasal critical thinking...dlu BEL tapi sekarang dah tukar jadi elc. subjek nie mmg sgt fun sbb dia banyak bekerja dlm group, buat argument and so onn..senang cakap dia macam muet ade writing, reading, speaking and listening..sebenarnya elc nie ade dua subject tp senang cakap dia macam english and kita blaja masa primary and secondary school tu je..

CSC134: nie maybe subjek yang paling korang minat kot. ia pasal computer.subjek nie kira bonus laa untuk korang up kan lagi pointer korang.korang akan belajar what is computer, input and output devices and so onn.korang akan diajar utk buat table power point dan subjek nie paling banyak topic and bagi shaz amat memboringkan.hehe

So, korang dah tahu kan ape yang korang akan belajar nanti and soalan majority orang tanye shaz susah tak belajar law, best tak? macam mana nk score and so onn. bagi shaz dalam hidup nie tak de benda yang senang melaikan kita berusaha. yang paling penting korang jangan terlalu confident dengan ape yang korang dapat sbb kalau shaz di uitm merbok dlu student law lah paling famous maybe sbb cara pemakain dia berbeza drp student2 lain sbb law lg profession. seriously shaz cakap buku law mmg x de gmbar semua ayat..and bersedialah mental and fizikal korang ye aha. law x de math segalanya korang kena faham and ingat.tp segalanya akan mudah kalau korang rajin berusaha and membaca..

Sebelum lupa, kalau dekat Uitm Merbok utk pelajar law ahad and rabu wajib pakai baju hitam and putih ambil feeling ala-ala law gtu lol. nie my Ex-Classmate KPI005.


Kalau ade ape-ape yang ragu-ragu bleyh je tanye  atau tweet akak trus, kalau comment kat blog nie mungkin akak bace skit kot sbb bz dgn study tp kalau twitter insyaallah akak akan blas ASAP.:) 
good luck !!









35 comments:

Anonymous said...

skang sem 2 kan...
saya sem 1..second intake..
okey tak blaja law nie??

miss shaz said...

tak lah skunk shaz dah keluar drp law. keluar uitm hritu sbb dpt tawaran utk smbung medic kat egypt..bila shaz keluar tgk2 egypt blaku crisis, ko skunk shaz sambung foundatio in science kat mahsa.

Shafiq Hashim said...

Sama Kos Dengan Adik Sy Dip Law Di UITM Merbok Skrg Dh Berhenti Sbb Dapat SPA..

http://shafiqhashim.blogspot.com/2014/01/guess-emoji-ketagihan.html

miss shaz said...

lah yeke...asal berhenti ruginyaa..tp okeynlah sbb dapat SPA.good luck utk adek ye syafiq. :)

Anonymous said...

Assalamualaikum,saya lepasan spm tahun 2012. saya baru je beli no pin upu 21/1 hari tu. tapi bila saya tengah isi borang upu tuh , x ada pula asasi undang-undang , so saya x jadi memohon disebabkan x ada asasi undang-undang, ada orang cakap kalau kite bukan lepasan spm selain lepasan spm 2013, tak semua course ditawarkan kepada kita , betol ke? and macam mane saya nak mohon asasi undang-undang ni? kalau tak mohon , rugi pulak beli no upu kan . hehe mohon penjelasan :)

Anonymous said...

Assalamualaikum,saya lepasan spm tahun 2012. saya baru je beli no pin upu 21/1 hari tu. tapi bila saya tengah isi borang upu tuh , x ada pula asasi undang-undang , so saya x jadi memohon disebabkan x ada asasi undang-undang, ada orang cakap kalau kite bukan lepasan spm selain lepasan spm 2013, tak semua course ditawarkan kepada kita , betol ke? and macam mane saya nak mohon asasi undang-undang ni? kalau tak mohon , rugi pulak beli no upu kan . hehe mohon penjelasan :)

miss shaz said...

walaikummussalam. maksudnya awk tak dapat masuk uitm utk first and second intake laa? setahu saya setiap tahun course yang titawarkan kepada semua pelajar adalah sama sahaja dari tahun2 sebelumnya cuma depend atas kita punya kelayakan laa sama ada diterima atau tak untuk dpt course law nie. setiap tahun hanya ade 3 pengambilan sahaja means that kalau kita tak dapat utk first, seconf and third intake mmg kita x dpt lahmmg nk asasi undang2 ke?

izzati shahira said...

law ni overall la bagi akak senang ke susah ? susah sgt ? ada klykan nak mntk..tpi ada rsa tak berani skit.. mcm mana ye ? takot lah...

izzati shahira said...

secara overall ye kak...law ni susah sgt ke tak ? best tak ? bosan tak ? huhu. sye ada klykan...tpi ada rse tkot nak amek....mcm mne ye.....tkot nak mncuba... sbjek dia susah sgt ke..huhu tlg ye..explain...

farra Nfh said...

Salam kak shaz.. saya spm tahun '13.. saya dh apply upu . Saya memang nk amek law. tapi kan saya dulu blaja sains tulen..boleh ke amek law? Lgi satu subjek sains saya pon x lah bagus sgt..hehe..tpkan bm sej ag maths saya A. English je B+..diterima ke untk law??

Anonymous said...

Assalamualaikumm...saya dapat asasi law kat uitm kuantan....nak tanya...kalau x berjaya hafal surah al-mulk ngan surah lagi satu tu macam mana ?

amierah :B said...

saya bakal student uitm jengka. sya nak tye, selain kelengkapan y sedia ada kena bawak, notebook@ laptop perlu bawak ke?

Anis Suraya said...

Assalamualaikum.Kak. saya just nk Tanya bantuan asasi tu kena apply ke

Anonymous said...

awal awal masuk dah kena bawak laptop ke?

surah al mulk dan as sajjadah ni hafal full ke macam mana?

miss shaz said...

actually semua yang kita beljar ade senang ade susah tak kira laa course ape pun yang kita dapat , course ape pun yang kita minta. smua ade pro and kontra dia dik. tp yg penting bagaimana kita menghadapinya.belajar mana2 ade susah and senang dik yakin pada diri and sentiasa berusaha :)yes dik law ade kelayakan nk dpt course tu kalau foundation at least A sejarah and English..kalau degree at least Muet band 4 and CGPA 3.5 avove. :)

miss shaz said...

setiap student yg masuk asasi wajib akan dapat bantuan and mmg kena apply laa and kak shaz dah lupa brape byk dah dia kasi tp seingt akak laa dia bgi lebih kurang RM 1900 lebih laa utk satu semesta.

Michelle Ednya said...

hellooo. akak.. im a law student( Foundation) skrg nie. baru 1st sem. how bout' kehadiran.. ? ada limit tak utk tidak hadir kuliah? i mean kalau tnpa pengesahan doktor.

Anonymous said...

kak nak tny,akak saya ckp bel lain elc lain.btul ke? mane lagi senang?

miss shaz said...

hello dik ednya, actually bg akak kehadiran sgt penting lagi-lagi kita student law sgt mementingkan kehadiran and jgk disiplin diri.sbb dari sekarang lah dia train bagaimana kita nak hadapi masa hadapan means that contah kita kena hadiri satu kes kat makhamah ke ape ke tiba2 kita tak dating or tiba2 rasa malas ke ape ke itu dh jd satu kesalahan. rajinkn diri dtg kelas maybe lecturer tak ambil kisah tp sebenarnya lecturer dia kenal student dia dalam diam and dari situ dia akan menilai kita. :)

miss shaz said...

*dating ( always typo hikss)

mimi complicated said...

salam..akak,ade x lg nota2 asasi undang2 sem 2?

Izzah Johari said...

salam akak, nak tanya. kalau nak ambil law, spm kena berapa?

Anonymous said...

assalamualaikum kak. tq atas info. sgt2 berguna. sy lepasan spm 2014. sy dapat 6A. math b, account c+ dan addmath e. semua lulus Alhamdulillah. so, sy nak tanya, bole tak kalau saya mohon? layak tak? terima kasih kak. saya minat bidang ini.

Hapiz Asri said...

sy brminat sngat dgn law ny tp bi st b , erm ta layak tros ke ?

Anonymous said...

Assalammualaikum, ada simpan lg tak notes2 for law subjects sem.2?

Anonymous said...

Assalammualaikum, akak ada simpan lagi tak notes for law subjects sem.2?

Anonymous said...

assalammualaikum, akak , ada simpan lagi tak notes for law subjects sem.2?

Anonymous said...

Assalammualaikum, akak ada simpan lagi tak notes for law subjects sem.2?

Lily Miracle said...

Assalammualaikum. Saya pelajar yg akan ambil SPM tahun 2015. Saya tahu agak awal saya nak tanya sedangkan SPM pun belum bermula. Saya memang berminat nak ambil law. Jadi, apa langkah pertama saya lps dah dpt result nanti? Saya patut mohon di website mana? Macam mana pula dgn scholarship? Terima kasih

Shazleena fadzlyin said...

Wasslam dear, ada syg tp kat malaysia :) dah lama tnggl so x sure nota pun kat mana kena cari balik :)

Shazleena fadzlyin said...

Wassalam dear sorry lmbt reply, okey actually kalau dpt 5 and 6A's dah boleh daa apply tp sejarah and english kena strong laa.

Shazleena fadzlyin said...

Waalaikummussalam adek, congrate yaa 👍🏻 sejarah and english mcm mana? Layak tak layak tu atas rezeki sebenarnya, tp kena kena strong english and sejarah insyaa Allah dapt :) boleh syg dik nk mohon, pilihan pertama kedua and ketiga tu smua letak law kalau nk laa. InsyaaAllah akan dpt

Shazleena fadzlyin said...

Hyee hapiz, tak salah kalau kita mencuba nasib, x sure sistem tahun nie cmne sama tak dgn tahun lpas tp boleh je kalau nk try, :) law kena strong english dik, nnt utk masuk degree pun dia nk band 4. Insyaa Allah kalau rezeki adek dpt je dont worry :)

Shazleena fadzlyin said...

Waalaikummussalam dik, alaaa x sure dh note smua tu kat mana daa, lama sgt daaa tnggl hhehe sorry

Shazleena fadzlyin said...

Waalaikummussalam lily, bgus2 dh plan awl2. 👍🏻 okeh lpas dpt result nnt adek boleh check course yg sesuai dgn result adek, kak shaz x sure website ape tp x silap "skema.com " ke cmtu. Kat situ kita akan masukkn result and dia akan keluar course ape yg layak dgn result kita. Seperti biase lpas tgk web tu adek kena isi upu laa, kalau layak law and btul2 nk law pilihan 1-8 tu buat je laww, tp kalau rasa x yakin buat je 1-4 law and pilihan 4-8 tu course lain utk backup. Law dia ade asasi je, lepas asasi satu tahun then bru degree. Dia akn bg duit poket rm 2000 kalau x silap. Btw goodluck for ur spm lily!! Do ur best :)