Followers

26 October 2012

panduan menjaga rambut

salam korang, today, shaz nak share with u all tip yang begitu bermanfaat terutamanya kepada gadis-gadis diluar sana yang bertudung. kebelakangan ini ramai yang kasi tau shaz camne lah nk jaga rambut nim bila bertudung??  biasa lah kan bila bertudung nim kadang-kadang rambut banyak yang gugur, tidak sihat dan sebagainya. and ade yang tanya pada shaz tak rimas ke pakai tudung berlapis-lapis dan belit situ sini..:) saya menjawab dengan penuh senyuman. hihi

so, lau korang nak tau camne shaz menjaganya jom santai~ firsty

  1. korang mesti pilih tudung dari fabrik yang mudah menyerap peluh kerana ia dapat memudahkan pengaliran udara di kepala anda seperti kain kapas
  2. mesti cuci rambut secara teratur antara duahingga tiga hari seminggu. korang juga harus menggunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut malah korang harus pastikan yang rambut dikering sebelum menyarungkan tudung kerana rambut yang masih lembap boleh menyebabkan pening.
  3. walaupun mengikut trens semasa, harus elakkan memakai tudung yang melebihi 4 lapisan semakin tebal tudung, semakin sukar untuk rambut bernafas.
  4. apabila bertudung, pastikan rambut sentiasa pendek atau jika korang berambut panjang biarkan ia lepas mengurai dan jika ingin mengikat rambut janganlah mengikat rambut itu terlalu ketat.
  5. gantikan anak tudung dan tudung setiap hari.
  6. hindari pemilihan tudung berwarna gelap seperti hitam jika korang banyak menghabiskan masa dibawah cahaya matahari. kerana warna gelap akan absorb sinaran matahari lebih banayk dan boleyh membuatkan kulit kepala berasa lebih gatal.
  7. biarkan rambut berehat seketika terutama selepas selesai melakukan aktiviti yang membuatkan kulit korang berpeluh.(aktiviti lasak)
  8. amalkan pemakanan yang kaya dengan vitamin C untuk membantu merancang pertubuhan rambut dan kulit kepala.
shaz lebih suka gunakan cara tradisional untuk menjaga rambut, 

itu dia, limau nipis. perah limau nipis dan lumurkan pada bahagian kulit kepada, lakukan pada hujung minggu atau 2 kali dalam sebulan untuk dapatkan kulit kepada yang sihat .( bebas daripada klimomor) :)

haa,,ingat!! bukan muka je kena jaga tapi rambut juga.oleh itu, shaz harap info yang shaz sampaikan ini dapat memberi manfaat buat korang smua.

+selamat malam+