Followers

15 January 2013

cara nak letak CCTV dalam blog

hai and Assalamualaikum

hari nim shaz nak ajar korang camne nk letak CCTV dalam blog cam kat bawah nim. 




shaz comfirm pasti lepas nim copy cat-copy cat dan penceroboh di luar sana tak berani nk pecah masuk blog korang. blog korang dah ade bodyguard you know? mmg power arh. nak-nak nila terpampang note amaran "sesiapa yang mencuri akan didakwa, dan akan didenda RM 20 000"
pasti semakin kurang follower korang nanti. actually sebenarnya CCTV itu adalah sebagai hiasan je. utk menampakkn blog korang bertambah cantik. ^_^


sape-sape berminat boleyh ikut tutorial ini.:


Template Designer/ Denim / Washed Denim etc

1. Dashboard > Design > Page Element > Add Gadget > HTML Javascripts
2. copy code yang kat bawah nim.


<div style="position: fixed; top: 0px; right: 0px;">
<center><img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi605vax_Zdx4c53SGnz3jOqMZCDDOFKq2EiC7Dr_ioPfPqtiS1I8QaP-cXqQshcbecnTUx0WCMmxjzwZWMsISj9inhPp9GQYRCw9bXCqieYcjHGjhx5gnpJdAD6kYocMQ10RmGK99HwX4/s1600/cctv.gif"/></center></div> 

 




3. then paste dekat Javascript
4. lastly, tekan save.

note: jikalau nak sebelah kiri. tulisan yang merah tu ditukarkan kepada left


selamat mencuba ya!







13 January 2013

cara tradisional untuk hilangkan parut jerawat pada muka.

Assalamualaikum..

korang sayang tak muka korang? pasti sayang kan. lelaki mahupun wanita semua sayang muka diew. tapi ade segelintir masyarakat yang tak sayangkan kulit sendiri. Ade juga yang mengabaikan kulit muka mereka. memang tak ambil peduli langsung lah, ade muka tapi cam tak de. ^_^ lau korang nak tau kerana muka lah seseorang tu boleyh jatuh cinta pada kita . u know what? bila muka kita bersih, cantik orang pun pasti tertarik. sebenarnya yang tak jaga muka mereka tu sebenarnya mereka bukan tak nak jaga tapi mereka mungkin tidak mengetahui cara-cara nk jaga kulit muka mereka. nak-nak pula bila jerawat yang meninggalkan parut.

shaz bukan nk cakap kulit shaz licin ke cantik ke sihat ke. shaz juga ade parut cam u all tapi alhamdulillah parut shaz semakin hari semakin berkurang btw still ade. mmg mengambil masa yang agak lama laa kan nk hilangkan parut nim. nak story sedikit, lupa mase muka shaz berparut, mak oit! nak bergambar pom malu..malu sesangat sbb bergmbar je parut yg nampak tuan tak nampak. haa lebih kurang camtu laa..then sudah pastinya keyakinan diri kita akan menurun.u cuba bayangkan mase nk presentation muka shaz berparut. orang tak focus pun pada kita org focus pade parut kita.. "mungkin ade yang siap bilang lagi kot brape byk parut shaz pde muka..hihi..mmg amat sides sgt.and alhamdulillah shaz dpt hilangkan parut yang shaz ade dgn berjumpa my pakar, iaitu my nenek. nenek selalu kasi petua-petua pada shaz.

hari nim shaz nak kongsi dengan u all semua petua yang nenek kasi pade shaz. 

Pertama: menghilangkan parut jerawat dengan kulit kayu manis.



Cara-cara:
1. tumbuk atau kisar beberapa batang kulit kayu manis sehingga menjadi sebuk.
2.  kemudian campurkan serbuk kayu manis tadi dengan sedikit air.
3.  then, sapukan pada bahagian muka yang berparut itu. biarkan ia kering dan basuh muka anda dengan air suam.
4. lau korang nk campurkan serbuk kulit kayu manis dgn yogurt pom bleyh tp yang natural punya.yang biase tanpa perisa.

Kedua: menghilangkan parut dengan timun.


Cara-cara:
1. kisarkan timun itu dan tapiskan airnya.
2.  tampalkan hampas timun itu pada kulit muka anda. biarkan ia selama 30 minute.
3.  basuh muka anda dengan air suam.

Ketiga: menghilangkan parut jerawat dengan kulit kayu manis dan madu lebah.



Cara-cara:
1. Tumbuk atau kisar beberapa kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk.
2. kemudian campurkan serbuk kayu manis itu tadi dengan madu lebah.
3. tempelkan pada kulit muka anda yang berjerawat.
4. keesokkan harinya basuh dengan air suam.

okey..itu semua tips yang nenek kasi pade shaz. btw yang shaz selalu amalkan, yang kedua punya. memang baunya pom sedap dan rasa tak sakit.tp lau kulit kayu manis tu fuh lamak..berair mata dlu sebelum pakai.biasa lah kan, kulit kayu manis kan digunakan dalam masakan utk panaskan badan.sama lah bila u all pakai.mmg rasa panas then gatal2 sedikit. pedih pom ade.so better step yang kedua. ape-ape pom atas citarasa korang lah kan. mana yang lebih selesa, yang itu lah korang pakai. walaubagaimanapun, ia mengambil masa so byk2 lah bersabar.

selamat mencuba ya.

wajah yang cantik hadir dari hati yang murni.



09 January 2013

Inner Aryana Satin

Tudung di Nurjannah ini banyak mengeluarkan tudung dengan pelbagai size dan sesuai untuk semua peringkat .  NurJannah Collection juga turut menjual Inner Aryana Satin dengan harga RM 23 sehelai jikalau borong.Runcit pula dengan harga RM 32. kainnya sungguh lembut dan sangat selesa bila dipakai. ^_^

Antara koleksinya ialah.

dark brown

soft pink

red

purple

blue light

soft yellow

jika anda berminat anda boleh layari di facebook  Nurjannah Collection. atau klik di www.nurjannahcollection.com,

02 January 2013

cara untuk mengelakkan bibir kering.

Assalamualaikum korang, pernah tak korang mengalami bibir kering atau bibir menggelupas?? yaa shaz pernah. siyesly mmg cam tar jalan tau berbatu2 dengan kuping bibir. kandang-kandang rase best juga lau dapat tarik kuping tu, sampai berdarah dibuatnya. tp jangan la kan.kan korang cakap nk bibir cantik..so meyh sini nk kasi info untuk elak kulit bibir kering dan menggelupas.

TIPS:

1. minum air masak secukup-cukupnya sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
2. bila terasa bibir anda kering, jilat bibir anda.
3. setiap kali lepas berus gigi, korang gunakan permukaan berus gigi anda dan gosokkan    perlahan-lahan pada permukaan bibir untuk membuang tissue bibir yang sudah mati.
4. gunalah Vaseline.


shaz selalu guna vaseline, sbb ia nmpak natural and membuatkan bibir kita rasa lembab. tapi ade juga mengatakan bila pakai vaseline nim warna bibir akan turun, so lau korang daa tau camtu guna lah vaseline ni seminggu 3 kali ke. tak pun satu hari sekali. :) "anda mampu mengubahnya"

Selamat mencuba~

01 January 2013

Jenis-jenis eye liner.

hai korang hari nim kita cakap tentang make up. barang-barang make up nim banyak, salah satunya adalah eye liner. seperti yang kita ketahui eye liner banyak digunakan pada bahagian mata yang mana eye liner ini mampu membuatkan mata kita bertambah bulat dan cantik.

okey, hari nim shaz nak share product "eye liner" yang ada pada shaz sekarang. lau korang nak tau eye liner lah yg paling banyak yang shaz ade berbanding dgn barang make up yang laen, kerana shaz banyakkan guna eye liner drp barang make up yang laen seperti blusher, mascara dan  eyeshadow.

jikalau korang nak tau, eye liner nim ade banyak jenis, ade yang liquid, ade yg pensel ade yg jenis jelly, dan ade juga yang jenis marker. so korang boleyh lah pilih yang bersesuaian dengan cita rasa anda dan mudah utk memakainya.

shaz guna AVON tp x best sgt sbb diew mudah tanggal dan ia juga membuatkan atas kelompok mata shaz menjdi warna hitam terutamanya bila cuaca panas. berpeluh maa, kerana tak tahan lama so harganya juga murah.( RM 5.00) sejenis liquid

eye liner maybelline okey cuma bila pensel nim, jatuh skit je bhgian dlm diew mudah patah. Harganya lebih kurang RM 19.50 (pensel)

yang silkygirl nim yg shaz suka. sbb diew bg free gift eye makeup remover. so x de lah kita susah2 nk cuci eye liner yg kita pakai tu. just tuangkn sedikit atas kapas dan sapu pada bahagian mata. 
RM 20.00 sejenis marker

Btw yang paling shaz suka sangat-sangat ialah SUPER LINER drp Loreal. this is my new one.mmg best giler pakai, smooth je dan mudah utk membersihnya. RM 39.90(marker)

my mata selepas apply super liner drp Loreal. jikalau kita mempunyai 2 lapisan kelompok mata, make sure eye liner yg kita pakai tu yang tahan lama and dark black. then korang kena apply tebal laa skit. bru menyerlah mata anda dan nampak lebih menawan.

+selamat mencuba+