Followers

28 December 2012

cara nak buat Spagetti Ala Shaz.

hai korang, temui shaz lagi dalam blogger buat kali ini. hari nim shaz nk share dengan korang satu recepi yang sangat-sangat mudah dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. recepi shaz kali nim ialah Spagetti Ala Shaz. hahah. best tak nama tu?? Ala shaz tu sbb shaz yang buat so shaz nk letak nama pe ikut hati shaz laa kan.??

okey tanpa melengahkan masa, kita terus kepada topik kita hari nim, firstly sbelum masak pastinya laaa kan korang kena sediakan bahan-bahan yang diperlukan. nk masak tapi bahan tak de,,mmg x menjadi laa kan.

bahan yang diperlukan.

1. spagetti (1 plastik)
2. prego (yang 680 g)
3. cendawan bulat (i tak tau panggil diew pe)
4. lada benggala( merah, hijau dan kuning)
5. daging cincang
6. meatball

sekarang kita masuk kepada cara-cara membuatnya. okey let me explain:

1. korang harus lembutkan daging cincang selama beberapa minute, atau pun korang nk masuk dalam microwave and buat express defrost pom boleyh.
2. potongkan dan hiriskan meatball, lada benggala, and cendawan bulat.
3.panaskan kuali dan tumiskan bawang putih 5 ulas( sesuaikan dengan kuantiti bahan yang anda gunakan)
4.bila minyak daa panas, dan bawang putih kekuning-kuningan, masukkan daging cincang yang sudah lembut itu ke dalam periuk. biarkan daging cincang selama beberapa minute
5. apabila daging cincang kelihatan agak masak, masukkan prego ke dalam periuk dan tunggu untuk seketika.
6.then, apabila daging cincang dan prego sudah sebati, masukkan pula bahan-bahan yang telah dihiris ke dalam periuk. tnggu sehingga masakan anda itu mendidih.( daa boleyh angkat)
7. manakala untuk membuat spagetti nye pula, just masukkan air 1 per 3 drp periuk itu dan masukkan spagetti tersebut dan tnggu sehingga ia lembut.
8. daa siap.

inilah hasilnya:

yummy!!

btw shaz buat entry nim manelah tau sape-sape yang tak pernah makan spageti ke kan and nk cuba buat sendiri ke boleh guna recepi ini.:)  nak-nak skunk lg masa cuti so sempat laa kan lau nk belajar masak..masa yang diperlukan hanyalah 30 minute. so cuba jangan tak cuba.

30 November 2012

kulit muka??

Haii,,
assalamualaikum~


kulit muka?? ape yang korang tau sal kulit muka?? btw kulit muka kita nim tersangat laa sensitive. okey~first kita kena kenal dlu kulit muka kita tu camne, jenis kulit yang camne, baru laa kita boleyh apply ape-ape product yang sesuai dengan kita jangan pakai hentam je k. ape? ingat macam mkn ice cream ke boleh pakai makan camtu je? same lah nga kulit muka kita.


shaz tulis entry kali ini adalah kepada rakan-rakan dan adek Nurul Amirah yang begitu teruja nak tahu akak shaz pakai produk ape untuk kulit muka kelihatan cantik dan segar.(berakak-akak laa plak aku nim) padahal umur jarak dua tahun je..heheh.
Okey! sebenarnya shaz dah pakai pelbagai jenis produk kat malaysia nim contohnye 

  • garnier
  • safi balqis
  • clean and clear
  • olay
  • clinelle
  • tia emilia and macam2 lagi
tetapi bgi kulit shaz smua product kat ats tu tak menjdi. sampai last-last shaz ase crestfallen daa dengan kulit shaz ni, kadang-kadang ase tak selesa bila nak berdepan dengan
masyarakat and once day kawan akak bgtau tentang satu tempat nim yang mana klinik nim ialah klinik 
pakar kulit. so shaz terus ajak mama, mama pom alhamdulillah go onn je sbb diew sendiri pom kesian 
tgk muka anak dara diew yang sowang nim. so doktor kasi ini,:



alhamdulillah ~ setelah berbulan-bulan shaz makan ubat ini kulit wajah shaz bertambah baik. produk ini juga telah mengembalikan keyakinan shaz untuk berdepan dengan semua masyarakat.




*jika ada mana-mana pertanyaan boleh trus bertanya * jangan segan-segan tau. "kulit yang sihat lahir dari jiwa yang sihat."

selamat malam~

cara membuat Mushroom Masak Sos Tiram

Assalamualaikum..

hari nim shaz blaja masak dengan mama iaitu mushroom sos tiram. dah banyak masakan yang shaz belajar daripada mama, antaranya kek chocolate, kari ayam, ikan and semualah yg kari-kari tu. and hari nim shaz blaja mushroom masak sos tiram. even name diew musroom tp bukan mashroom je yang ade tp kubis, sayur sawi, lada bulat, ( i dont know what we call it) ade carrot and ayam.

nak masak benda nim simple and mudah aja. budax darjah lima pom mungkin pandai nk masak masakan nim.so hari nim shaz nak share dengan korang camne nak masak " mushroom masak sos tiram " nim.

bahan-bahan yang diperlukan:


  • sos tiram
  • lada bulat
  • musroom bulat (cam pokok)
  • kubis
  • sayur sawi
  • ayam
  • (mana-mana sayur pom boleyh)
cara nak buatnya:

  1. tumiskan 4 ulas bawang putih, and biarkan ia nampak kuning-kuningan.. 
  2. masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong secara kecil-kecilan itu ke dalam kuali dan biarkan selama 5 minute.
  3. apabila sayur tersebut kelihatan sudah masak masukkan sos tiram secukup rasa.
  4. gaulkn supaya sebati then tambah sedikit air agar ia kelihatan sedikit cair 
  5. gaulkan dan bila dah sayur itu agak masak, boleyh diangkatnya.
  6. dah siap

selamat mencuba!!

26 October 2012

panduan menjaga rambut

salam korang, today, shaz nak share with u all tip yang begitu bermanfaat terutamanya kepada gadis-gadis diluar sana yang bertudung. kebelakangan ini ramai yang kasi tau shaz camne lah nk jaga rambut nim bila bertudung??  biasa lah kan bila bertudung nim kadang-kadang rambut banyak yang gugur, tidak sihat dan sebagainya. and ade yang tanya pada shaz tak rimas ke pakai tudung berlapis-lapis dan belit situ sini..:) saya menjawab dengan penuh senyuman. hihi

so, lau korang nak tau camne shaz menjaganya jom santai~ firsty

  1. korang mesti pilih tudung dari fabrik yang mudah menyerap peluh kerana ia dapat memudahkan pengaliran udara di kepala anda seperti kain kapas
  2. mesti cuci rambut secara teratur antara duahingga tiga hari seminggu. korang juga harus menggunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut malah korang harus pastikan yang rambut dikering sebelum menyarungkan tudung kerana rambut yang masih lembap boleh menyebabkan pening.
  3. walaupun mengikut trens semasa, harus elakkan memakai tudung yang melebihi 4 lapisan semakin tebal tudung, semakin sukar untuk rambut bernafas.
  4. apabila bertudung, pastikan rambut sentiasa pendek atau jika korang berambut panjang biarkan ia lepas mengurai dan jika ingin mengikat rambut janganlah mengikat rambut itu terlalu ketat.
  5. gantikan anak tudung dan tudung setiap hari.
  6. hindari pemilihan tudung berwarna gelap seperti hitam jika korang banyak menghabiskan masa dibawah cahaya matahari. kerana warna gelap akan absorb sinaran matahari lebih banayk dan boleyh membuatkan kulit kepala berasa lebih gatal.
  7. biarkan rambut berehat seketika terutama selepas selesai melakukan aktiviti yang membuatkan kulit korang berpeluh.(aktiviti lasak)
  8. amalkan pemakanan yang kaya dengan vitamin C untuk membantu merancang pertubuhan rambut dan kulit kepala.
shaz lebih suka gunakan cara tradisional untuk menjaga rambut, 

itu dia, limau nipis. perah limau nipis dan lumurkan pada bahagian kulit kepada, lakukan pada hujung minggu atau 2 kali dalam sebulan untuk dapatkan kulit kepada yang sihat .( bebas daripada klimomor) :)

haa,,ingat!! bukan muka je kena jaga tapi rambut juga.oleh itu, shaz harap info yang shaz sampaikan ini dapat memberi manfaat buat korang smua.

+selamat malam+

06 October 2012

cara nak lembutkan muka

hye korang ~ rindu tak?? sebenarnya kan hari nim shaz nak share dengan korang satu ilmu tradisional daripada my nenek shaz camne nak lembutkan kulit. biase lah kulit kita kan terdedah dengan cahaya matahari and mungkin akan mengakibatkan jeragat, kulit mengelupas, kering dan sebagainya...

so untuk kelihatan cantik and dapat kulit yang sihat, jom kita terjah ilmu tradisional nim:

barang yang diperlukan:
  • tisu
  • telur 
  • limau nipis
cara memakainya:

firstly, korang keluarkn telur putih dan asingkan daripada telur kuning, kemudian telur putih tadi korang perah sedikit limau nipis supaya mendapat aroma yang menyenangkan,,aumm...

then korang stir it biar sebati dan korang celupkn tisu dan tampal je kat muka korang.leave it selama 20 minute.

bila tisu tu kering and korang wajib basuh dengan air suam. korang akan lihat hasilnya...

after 20 minute

kelebihannya:
  • kulit korang kelihatan lebih halus dan mulus
  • mampu menanggalkn kulit-kulit mati pada muka
  • muka nampak lebih cerah,licin dan ceria
  • bertambah muda
selepas 20 minute..:

toing! 



selamat mencuba!



21 August 2012

cara nak buat puding Triffle

assalamualaikum,,
haii korang camne raye? seru tak.terutamanya kanak-kanak maklumlah apabila menjelang syawal je orang akan kasi duit..bila raya je dalam kepala pasti teringat "duit"..
hihi..
alhamdulillah even umur dah mencapai 17 tahun ade jgk yang masih setia kasi i duit..
suka, suka..:) 

wah intro pom panjang lebar..hihi..sebenarnya shaz nk tunaikan permintaan kawan-kawan camne cara nk buat puding triffle tu.btw tak susah pom, senang aja.. puding nim sesuai untuk ape-ape je majlis sbb diew cam colourful skit. :) cam party ke okey jgk... nak nak sekarang time raye so korang bleyh buat laa puding nim nk kasi mak ke, aunty ke kan..so selamat mencuba lah ye..

bahan-bahannya:
kek gulung
 bird kastard
jelly merah
coktail (buah campuran)
pewarna merah

cara membuatnya:

step 1: mula-mula korang potong kek gulung tu cam kat bawah nim.shaz selalu guna kek gulung yang hijau punya(pandan) lau korang nk guna yang coklat ke strawberry ke bleyh juga..

and then kek tu jangan dipotong terlalu tebal and terlalu nipis cause kita akan lapiskn kek tu dgn buah-buahan,

 step 2: seterusnya korang taburkan buah-buahan tersebut(coktail) bersama airnya sekali ke atas kek..seperti gambar dibawah.



 step 3: kemudian korang panaskan kastard 2 cawan dan campurkan ia dengan 3 gelas cawan air masak..biarkn ia mendidih dan biarkan ia pekat and likat. kat sini korang tak perlu masukkn gula sebab buah-buahan dan kek sudah pun manis,( kurangkn gula k)..apabila sudah nampak agak pekat so korang tuangkan ia ke atas kek gulung anda tadi seperti di bawah  ini..ratakan ia dan tutup bahagian kek tersebut.

(sesuaikn kastard dan air masak anda dengan kuantiti yang anda ingin sediakan)

 step 4: korang panaskan jelly(perisa strawberry) dan tuangkan 3 cawan air masak..stirr it until diew nmpak pekat ..tambahkan 10 sudu besar gula ke dalam campuran tersebut..kemudian biarkn ia mendidih. then, titikan pewarna merah sedikit agar jelly kita itu nampak lagi merah dan menarik..

bila dah pekat dan mendidih..korang tuangkan ia seperti dalam gambar diatas dan ratakannya..jelly lagi tebal lagi cantik..:) then letakkan puding triffle di dalam peti sejuk.. finally! dh siap ..:)
 boleyh dimakan trus..

SELAMAT MENCUBA :)

04 June 2012

cara untuk mengatasi diri kita daripada stress




              Sebagai seorang student stress nim hanyalah suatu benda yang boleh dikatakan agak biasa. Namun, kerana stress juga kita boleh terlibat dalam gejala sosial atas dasar stress.Oleh itu ,ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan buruk stress. Dengan mengamal langkah-langkah berikut, risiko untuk mendapat kesan buruk stress dapat dikurangkan.
1. Pemakanan yang Betul
Makan makanan yang betul membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan anda tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksana tugas seharian. Pada masa yang sama, mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.
2. Jangan Membebankan Diri
Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri dari mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban tubuh dan minda kita.
3. Berehat
Jika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. Justeru jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak. Cubalah ambil cuti selepas melaksana beberapa siri tugas berat. Mendengar musik klasik yang baik atau mengambil masa untuk bersendirian dan merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang.
4. Berinteraksi dengan Famili dan Rakan
Adalah bagus menjadi seorang yang kuat kerja. Namun begitu jangan lupa, sebagai seorang manusia kita memerlukan sokongan orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama famili dan juga rakan-rakan. Ini akan menghilangkan sebarang kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya akan menolong anda membina pandangan positif apabila anda kembali bertugas.
Stress sebenarnya boleh membunuh tetapi ianya tidak perlu begitu. Penting untuk seseorang itu mempunyai kawalan ke atas kehidupannya. Lindungi diri dan kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah yang akan membantu mengurus stress dengan baik.

Tip untuk elakkan kulit berminyak.

hai hai hai...assalamualaikum ..

hari nim kan shaz nk kongsi dengan korang tip-tip nak elakkan kulit berminyak..
yelah mklumlah semua gadis mahukan kulit yang cantik, halus dan licin, so sini shaz nk share nga korang sedikit sebanyak info tentang kulit muka berminyak and what we should do to avoid it..

Kulit berminyak akan mengundang jerawat. Jerawat disebabkan oleh kelenjar sebum. Munculnya jerawat adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Faktor-faktor lain yang sering dikaitkan dengan kehadirannya adalah keturunan, bakteria, tekanan psikologi yang keterlaluan/stress, dan cuaca. Kulit yang terdedah dengan bahan kimia tertentu mungkin merangsang munculnya jerawat. cara untuk elakkannya ialah:
    • Kurangkan makanan berminyak
    • Minum air dengan banyak setiap hari
    • Sentiasa mencuci muka terutamanya selepas di luar, setidak-tidaknya, lapkan muka dan leher anda dengan kain/tisu lembap.
    • Jika anda menggunakan losyen muka, pastikan ianya bukan dari jenis berminyak tapi berasaskan air. Elakkan yang mengandungi ‘mineral oil’.
  • Pastikan anda membersihkan solekan anda setiap hari dengan make-up remover yang bersesuaian.

marilah kita sama-sama mengamalkannya..selamat mencuba~

hyesun~