Followers

26 October 2012

panduan menjaga rambut

salam korang, today, shaz nak share with u all tip yang begitu bermanfaat terutamanya kepada gadis-gadis diluar sana yang bertudung. kebelakangan ini ramai yang kasi tau shaz camne lah nk jaga rambut nim bila bertudung??  biasa lah kan bila bertudung nim kadang-kadang rambut banyak yang gugur, tidak sihat dan sebagainya. and ade yang tanya pada shaz tak rimas ke pakai tudung berlapis-lapis dan belit situ sini..:) saya menjawab dengan penuh senyuman. hihi

so, lau korang nak tau camne shaz menjaganya jom santai~ firsty

  1. korang mesti pilih tudung dari fabrik yang mudah menyerap peluh kerana ia dapat memudahkan pengaliran udara di kepala anda seperti kain kapas
  2. mesti cuci rambut secara teratur antara duahingga tiga hari seminggu. korang juga harus menggunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut malah korang harus pastikan yang rambut dikering sebelum menyarungkan tudung kerana rambut yang masih lembap boleh menyebabkan pening.
  3. walaupun mengikut trens semasa, harus elakkan memakai tudung yang melebihi 4 lapisan semakin tebal tudung, semakin sukar untuk rambut bernafas.
  4. apabila bertudung, pastikan rambut sentiasa pendek atau jika korang berambut panjang biarkan ia lepas mengurai dan jika ingin mengikat rambut janganlah mengikat rambut itu terlalu ketat.
  5. gantikan anak tudung dan tudung setiap hari.
  6. hindari pemilihan tudung berwarna gelap seperti hitam jika korang banyak menghabiskan masa dibawah cahaya matahari. kerana warna gelap akan absorb sinaran matahari lebih banayk dan boleyh membuatkan kulit kepala berasa lebih gatal.
  7. biarkan rambut berehat seketika terutama selepas selesai melakukan aktiviti yang membuatkan kulit korang berpeluh.(aktiviti lasak)
  8. amalkan pemakanan yang kaya dengan vitamin C untuk membantu merancang pertubuhan rambut dan kulit kepala.
shaz lebih suka gunakan cara tradisional untuk menjaga rambut, 

itu dia, limau nipis. perah limau nipis dan lumurkan pada bahagian kulit kepada, lakukan pada hujung minggu atau 2 kali dalam sebulan untuk dapatkan kulit kepada yang sihat .( bebas daripada klimomor) :)

haa,,ingat!! bukan muka je kena jaga tapi rambut juga.oleh itu, shaz harap info yang shaz sampaikan ini dapat memberi manfaat buat korang smua.

+selamat malam+

06 October 2012

cara nak lembutkan muka

hye korang ~ rindu tak?? sebenarnya kan hari nim shaz nak share dengan korang satu ilmu tradisional daripada my nenek shaz camne nak lembutkan kulit. biase lah kulit kita kan terdedah dengan cahaya matahari and mungkin akan mengakibatkan jeragat, kulit mengelupas, kering dan sebagainya...

so untuk kelihatan cantik and dapat kulit yang sihat, jom kita terjah ilmu tradisional nim:

barang yang diperlukan:
  • tisu
  • telur 
  • limau nipis
cara memakainya:

firstly, korang keluarkn telur putih dan asingkan daripada telur kuning, kemudian telur putih tadi korang perah sedikit limau nipis supaya mendapat aroma yang menyenangkan,,aumm...

then korang stir it biar sebati dan korang celupkn tisu dan tampal je kat muka korang.leave it selama 20 minute.

bila tisu tu kering and korang wajib basuh dengan air suam. korang akan lihat hasilnya...

after 20 minute

kelebihannya:
  • kulit korang kelihatan lebih halus dan mulus
  • mampu menanggalkn kulit-kulit mati pada muka
  • muka nampak lebih cerah,licin dan ceria
  • bertambah muda
selepas 20 minute..:

toing! 



selamat mencuba!



21 August 2012

cara nak buat puding Triffle

assalamualaikum,,
haii korang camne raye? seru tak.terutamanya kanak-kanak maklumlah apabila menjelang syawal je orang akan kasi duit..bila raya je dalam kepala pasti teringat "duit"..
hihi..
alhamdulillah even umur dah mencapai 17 tahun ade jgk yang masih setia kasi i duit..
suka, suka..:) 

wah intro pom panjang lebar..hihi..sebenarnya shaz nk tunaikan permintaan kawan-kawan camne cara nk buat puding triffle tu.btw tak susah pom, senang aja.. puding nim sesuai untuk ape-ape je majlis sbb diew cam colourful skit. :) cam party ke okey jgk... nak nak sekarang time raye so korang bleyh buat laa puding nim nk kasi mak ke, aunty ke kan..so selamat mencuba lah ye..

bahan-bahannya:
kek gulung
 bird kastard
jelly merah
coktail (buah campuran)
pewarna merah

cara membuatnya:

step 1: mula-mula korang potong kek gulung tu cam kat bawah nim.shaz selalu guna kek gulung yang hijau punya(pandan) lau korang nk guna yang coklat ke strawberry ke bleyh juga..

and then kek tu jangan dipotong terlalu tebal and terlalu nipis cause kita akan lapiskn kek tu dgn buah-buahan,

 step 2: seterusnya korang taburkan buah-buahan tersebut(coktail) bersama airnya sekali ke atas kek..seperti gambar dibawah.



 step 3: kemudian korang panaskan kastard 2 cawan dan campurkan ia dengan 3 gelas cawan air masak..biarkn ia mendidih dan biarkan ia pekat and likat. kat sini korang tak perlu masukkn gula sebab buah-buahan dan kek sudah pun manis,( kurangkn gula k)..apabila sudah nampak agak pekat so korang tuangkan ia ke atas kek gulung anda tadi seperti di bawah  ini..ratakan ia dan tutup bahagian kek tersebut.

(sesuaikn kastard dan air masak anda dengan kuantiti yang anda ingin sediakan)

 step 4: korang panaskan jelly(perisa strawberry) dan tuangkan 3 cawan air masak..stirr it until diew nmpak pekat ..tambahkan 10 sudu besar gula ke dalam campuran tersebut..kemudian biarkn ia mendidih. then, titikan pewarna merah sedikit agar jelly kita itu nampak lagi merah dan menarik..

bila dah pekat dan mendidih..korang tuangkan ia seperti dalam gambar diatas dan ratakannya..jelly lagi tebal lagi cantik..:) then letakkan puding triffle di dalam peti sejuk.. finally! dh siap ..:)
 boleyh dimakan trus..

SELAMAT MENCUBA :)

04 June 2012

cara untuk mengatasi diri kita daripada stress




              Sebagai seorang student stress nim hanyalah suatu benda yang boleh dikatakan agak biasa. Namun, kerana stress juga kita boleh terlibat dalam gejala sosial atas dasar stress.Oleh itu ,ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan buruk stress. Dengan mengamal langkah-langkah berikut, risiko untuk mendapat kesan buruk stress dapat dikurangkan.
1. Pemakanan yang Betul
Makan makanan yang betul membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan anda tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksana tugas seharian. Pada masa yang sama, mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.
2. Jangan Membebankan Diri
Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri dari mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban tubuh dan minda kita.
3. Berehat
Jika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. Justeru jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak. Cubalah ambil cuti selepas melaksana beberapa siri tugas berat. Mendengar musik klasik yang baik atau mengambil masa untuk bersendirian dan merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang.
4. Berinteraksi dengan Famili dan Rakan
Adalah bagus menjadi seorang yang kuat kerja. Namun begitu jangan lupa, sebagai seorang manusia kita memerlukan sokongan orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama famili dan juga rakan-rakan. Ini akan menghilangkan sebarang kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya akan menolong anda membina pandangan positif apabila anda kembali bertugas.
Stress sebenarnya boleh membunuh tetapi ianya tidak perlu begitu. Penting untuk seseorang itu mempunyai kawalan ke atas kehidupannya. Lindungi diri dan kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah yang akan membantu mengurus stress dengan baik.

Tip untuk elakkan kulit berminyak.

hai hai hai...assalamualaikum ..

hari nim kan shaz nk kongsi dengan korang tip-tip nak elakkan kulit berminyak..
yelah mklumlah semua gadis mahukan kulit yang cantik, halus dan licin, so sini shaz nk share nga korang sedikit sebanyak info tentang kulit muka berminyak and what we should do to avoid it..

Kulit berminyak akan mengundang jerawat. Jerawat disebabkan oleh kelenjar sebum. Munculnya jerawat adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Faktor-faktor lain yang sering dikaitkan dengan kehadirannya adalah keturunan, bakteria, tekanan psikologi yang keterlaluan/stress, dan cuaca. Kulit yang terdedah dengan bahan kimia tertentu mungkin merangsang munculnya jerawat. cara untuk elakkannya ialah:
    • Kurangkan makanan berminyak
    • Minum air dengan banyak setiap hari
    • Sentiasa mencuci muka terutamanya selepas di luar, setidak-tidaknya, lapkan muka dan leher anda dengan kain/tisu lembap.
    • Jika anda menggunakan losyen muka, pastikan ianya bukan dari jenis berminyak tapi berasaskan air. Elakkan yang mengandungi ‘mineral oil’.
  • Pastikan anda membersihkan solekan anda setiap hari dengan make-up remover yang bersesuaian.

marilah kita sama-sama mengamalkannya..selamat mencuba~

hyesun~

16 December 2011

about high heel n flat shoes

assalamualaikum kepada pembaca-pembaca blog sekalian~




high heel with a softy pink

ary nim shaz nk brcrita sedikit sebanyak tentang high heel..shaz tiba lak ase minat bila tgk org pakai hight heel..cam nmpak lebih bergaya n lebih confident je bila berjalan..ala ala gadis melayu lah katakan dengan lengguk badan dan cara berjalan..nak nak pulak bila pakai warna yg menyerlah sampai sakit mata memandang..tp bila pakai mcam tu pasti bila kita jln org akan pandang kita dan bnyak pula bisikan suara hati yg mengatakan wahh!! chanteknye kasut diew..x lenguh kaki ke? selesa x jln pakai high heel nim n macam2 lah persoalan akan berada di minta,,x kisah lah lenguh ke ape ke yg penting personaliti tu kena jaga okey??..:) .


ase-ase lah kan lau shaz pakai camnie ?? okey tak?? like a model dah kan..heee..ase2 nk jugak pakai kasut setinggi nim..tp pakai kat mall ke majlis2 weeding je lah tau lau nk pakai ke pasar ke baek tak yah nanti diketawakan org haha.."minah dari zoo mane lah nim" hahhaha~



shaz lebih suka pakai kasut yg simple2 n tak terlalu crowded kak depan tu like manik2 ke pape ke..simple pom dh nmpak menarik dgn bright colour...wah!! powerful lah bila org tgk.. diatas smua menarik tp shaz lebih tertarik kepada yg ini.. warnanya pale grey n bleh combine dgn mane2 baju yg kita pakai..yang paling menarik ialah bunga diew...wahh!! seketul gtu..insyaallah akan dibeli kasut seperti ini mase weeding hahahah


tp dlm keselesaan,kegembiraan apabila memakai high heel ade juga keburukannya..ade juga yg mengatakan pakai tumit tinggi nim memberi banyak impak kepada wanita yang memakainya..maklumlah kasut tumit tinggi ini merupakan pilihan ramai wanita, apabila pakai sahaja kasut tumit tinggi ia memberi kesan kepada penampilan diri wanita tersebut. Tapi ada juga kesan lain yang akan diterima sekiranya berterusan memakai kasut tumit tinggi. Untuk perkongsian info kali ini, saya bawakan penulisan dari staff perempuan kami yang berminat untuk berceloteh tentang kasut tumit tinggi ini.
Memakai kasut bertumit tinggi ini memang membuatkan seseorang itu nampak lebih anggun, cantik, bergaya dan sebagainya. Malah pemakai bertumit tinggi ini dikatakan tampak lebih yakin dan menarik. Menurut kajian, di dalam kelebihan pemakai bertumit tinggi ini terdapat juga kesan negatif diantaranya ialah:








  • Jejaskan peluang untuk dapat anak
  • Punca rambut gugur
  • Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh menjejaskan organ dalaman dan  kesuburan wanita
  • Menyebabkan  leher, lutut, sendi, tulang belakang dan, bahu menjadi sakit
  • Boleh menyebabkan pening kepala, gangguan  haid

Betul ker?? shaz pun tertanya-tanya dan tak berani nak menjawab persoalan informasi ini, tapi bagi shaz memakai kasut tumit tinggi yang terlalu tinggi seperti menara KLCC adalah sangat bahaya. Kalau mengikut teori, apa sahaja yang melebih-lebih sudah tentu menghasilkan kesan yang luar biasa tidak kira ia positif atau negatif. 



ape-ape pom bagi shaz,shaz lebih suka pakai flat shoes..it simple n sesuai ke mane2 shaja..mall ke pejabat ke pasar ke..senang n tak kan rase lenguh2 pom..pilih yg betul2 empuk lah org kate like tilam gtu..bawu lah selesa nk jln..:) btw tq to my mom sbb present shaz a beautiful flat shoes.


















19 July 2011

tip nak hilangkan parut dimuka..

Menghilangkan Parut di Muka

Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara untuk menghilangkannya. Pilih salah satu:



1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.

2. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan
pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan
air suam.

3. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada
muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

4. Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan
segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka
dua kali seminggu.

5. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka
terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air
bersih. Amalkan tiga kali seminggu.