Followers

30 May 2014

Ice Sketting Rink ( The Curve)

Assalamualaikum warga blogger.

pernah main ice sketting tak?? comfirm laa pernah kan..okey actually minggu lepas shaz baru je pergi ice sketting at The Curve.shaz pergi hari sabtu, pagi pagi lagi shaz dah pergi The Curve tu sbb nak breakfast dgn meatball. kalau nk mkn meatball mmg kena pergi pagi sbb kalau korang lambat skit comfirm ramai gilerr org nnt jd cam ikan sardin laaa haa.. selepas je breakfast tu trus pergi Daiso semata-mata nak beli sarung tgn. giler ke tak nak pakai sejuk okey and kalau ade beli laaa sarung tangan yang ade lilin kat bawah tapak tangan tu sebab nanti korang jatuh senang laa nak bangun  de laa rasa licin and jatuh lagi.:P shaz main asyik jatuh je tapi jangan risau ade guard yang akan tgk tgk kan korang.:)


Harga nak masuk sini bagi shaz xde lah mahal sgt pun and harga pun kira okey sbb korang masuk for fun kan and then korang boleh masuk daripada pukul 10 pagi sampai 10 malam. haaa lama gilerr kan.So bagi shaz kira berbaloi laa kalau bayar 25 ringgit.Shaz hari tu pergi pagi sgt lepas beli hand sock trus pergi kat ice sketting serious mase tu  ramai orang mmg best laaa main. So kalau korang berminat nak main korang boleh je pergi The Curve; Better beli hand sock kat daiso RM 5 je lagi murah kalau dh ade bawa je yang tu. 

The Detail are such as:
Minimum Age :5 years
Fees( per entry and include of skates): RM 22 on weekdays and RM 25 on weekends
Coaching Services: RM 25 per hous (kids) RM 55 per 1/2 hour (adults) only available on weekeds
Operating hours: 10 am to 10 pm
Contact no: +60378431111


Masa korang main ice sketting tiba2 ade pulak salji yang akan turun seriously... best giler mase tu  actually bukan salji sangat pun just buih okey... buih sabun yang selalu korang main tu laa tapi diaorang turunkn dalam bentuk salji.haa tu dia salji dah turun.. :)


Make sure pergi tu pakai seluar okey, nnt kang ade pulak yang pakai kain.  and then stoking better cari yang tebal skit sbb kasut dia agak keras skit laa nnt kalau korang jatuh pastu kaki tu rasa lgi sakit sbb kasut, dah laa sakit sebab jatuh and then sakit pulak sbb kasut korang.So cari stoking yang tebal skit ye.lepas korang rasa dah bosan giler main ice sketting korang bleyh je pergi shopping kat Le Tresor Market, (The Curve Street), seriously harga dia sgt berpatutan and murah ade beg ade dress cantik-cantik ade shoes ade bracelet and anything ade. seriously best shopping kat sini.sesiapa yang gemar shopping mmg boleh dtg sini.

Nie lah dia Le Tresor Market..selamat bershopping !

Sampai di sini sahaja kisah hari nie. back to class. bye bye !





25 January 2014

Meatball Ikea ( Yummy )

Asssalamualaikum blogger..

Shaz rasa blog shaz dah berhabuk dah pun lame gila tak update blog nie tuan punya badan hilang entah kemana sampai ada yang tanya shaz dah tak active blog ke? actually bukan tak active shaz skunk amat-amat lah buzy dengan belajar sekarang, kelas daripada pkul 9 pg sampai pukul 5 ptg and malam lg buat assignment ape smua mmg tak sempat sangat nk update blog nie. itu baru pendahuluan. hiks..

No 2, Jalan PJU 7/2,
Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Actually shaz nk cerita pasal shaz pergi ikea baru nie, xde lah baru sgt sebulan yang lalu ye anak-anak sekalian. Kalau cakap pasal Ikea nie mmg tak lain tak bukan pasal MEATBALL, Ikea juga adalah antara tempat yang sgt sesuai kalau korang nak beli barang-barang rumah katil ke perabot ke almari ke kerana qualitynya sgt lah bagus and harga pun berpatutan. selain daripada membli barang keperluan rumah ikea juga famous dgn meatball. Meatball di Ikea sangat-sangat lah superb !! Sapa yang belum try wajib try okey. bukan sunat tapi waaajib. Selalunya orang pergi Ikea diorang akan makan meatball, chicken wings and cheese cake. 

tadaaaaa....inilah meatball nmpak cam best kan? haa mmg sgt best dia punya sos tu smpai ke tekak terasanya mmg sgt lah sedap.


Sebelah shaz tu adalah nwar yang menjdi bodyguard kami, driver kami and dialah yang sanggup bawa shaz keluar makan meatball. sanggup datang daripada jauh ambil and bawa shaz pergi makan meatball. :) almaklumlah cik shaz sorang nie mengidam sgt meatball. 

okey nie pula adalah chicken wings, lepas korang makan meatball and makan benda nie sgt lah best. ratah camtu je pun dah sedap nak lagi sedap korang boleh je makan dengan mayonis ataupun sos chilli.

haaa thnks anwar yang sanggup belanja shaz makan and bawa shaz makan. happy giler malam tu sbb boleh makan and dapat keluar university setelah sekian lama berkurung. tQ so much nwar. :) nnt ada masa kita jumpa lagi. InsyaAllah.

* Selamat Mencuba*



23 November 2013

Asasi Undang-Undang UITM

Assalamualaikum si comel and si hemsem sekalian..

        Entry shaz kali nie berkaitan dengan law..shaz tujukan entry nie kepada adek-adek yang begitu berminat nak sambung dalam bidang law nie and kepada adek-adek after SPM. Selepas korang habis SPM je better korang duduk tenang and pikir sejenak masa depan korang, pikir apa yang korang nak ambil nnt semasa di alam universiti sebab lepas korang dapat result SPM permohonan online utk kemasukkan ke IPTA akan dibuka right? buka pun x de lah lama sangat.

 So x de lah korang tergesa-gesa nak isi and pening-pening kepala korang mase tu.Cara nak apply mohon IPTA pun ada cara, yang tu shaz akan update di lain hari okey. ^_^ memandangkan ramai sangat adek-adek yang tanya shaz pasal law so shaz nak cerita laa nie sedikit sebanyak..shaz juga student law dlu tp sekarang dah letak jawatan..:)


Firstly, untuk makluman korang asasi undang-undang kat UITM nie ada dua jenis,iaitu asasi undang-undang uitm (PI005) and campus ada 3 iaitu di Shah Alam, Uitm Merbok Kedah, and dekat Kuantan Pahang. and satu lagi asasi undang-undang KPTM yang ni hanya ada satu je iaitu di Shah Alam. Apa yang korang akan belajar nanti semuanya sama samaada di uitm atau di kptm, kptm juga adalah cawangan uitm tetapi berbezanya ialah kalau PI005 ini untuk ijazah, nanti korang hanya boleh sambung belajar kat UITM sahaja sama ada course undang-undang atau course lain yang ditawarkan and yang satu lagi kalau shaz x silap kod dia PI007 korang boleh sambung degree kat mana-mana sahaja universiti. Syarat kelayakan untuk diterima dalam bidang law nie sekurang-kurangnya 5A.tu pun korang kena dapat English and Sejarah at least A- and x de subjek yang gagal. kalau korang masuk asasi dia akan kasi korang duit elaun setiap satu sem and satu sem tu korang akan dapat aroun RM 1940 maybe. shaz dah lupa dah tapi sekitar tu laa.

Then, syarat untung korang sambung degree in law korang wajib dpt 3.0 (CGPA) and muet band 4. subjek-subjek nya semua dalam bahasa inggeris. untuk Semester 1 korang akan belajar 6 subjek antaranya:

LAW012 : hanya Introduction of Law..first kalau korang-korang belajar korang akan rasa ape dia laa law nie kan tp bila korang belajar secara mendalam korang akan suka..just a basic things, what is law? 

LAW016: ia pasal "Malaysian Politics and Government" so mmg banyak pasak politik and kerajaan laa. subjek nie mmg memerlukan sgt ilmu pengetahuan sapa menteri pertahanan, apa tugas agong and so onn.korang kena banyak membaca lah utk tahu benda nie. budak laki-laki mmg power tajuk nie. tabik lah..kalau lecturer tanye comfirm mereka buleyh jawab punya. and the most important you should have Federal Constitution.


LAW038: subjek ni pasal legal research. cara-cara kita nak buat reseach, then step yang betul utk reference like MLA and APA style, pasal types of sources, pasal library and banyak lagi. subjek nie paling mudah and paling mudah untuk korang nak score. 

CTU085: CTU ni adalah subjek pendidikan agama Islam. and bagi non-muslim ade subjek IDA. bagi shaz subjek nie tak susah and senang sangat nk score and you should get A+ in this subjek. korang pro punya..haa satu lagi nak cakap kalau sem satu korang kena hafal surah AL-Mulk and sem 2 surah AL-Baqarah kalau tak silap..so bleyh laa prepare daripada sekarang.

ELC: dia pasal critical thinking...dlu BEL tapi sekarang dah tukar jadi elc. subjek nie mmg sgt fun sbb dia banyak bekerja dlm group, buat argument and so onn..senang cakap dia macam muet ade writing, reading, speaking and listening..sebenarnya elc nie ade dua subject tp senang cakap dia macam english and kita blaja masa primary and secondary school tu je..

CSC134: nie maybe subjek yang paling korang minat kot. ia pasal computer.subjek nie kira bonus laa untuk korang up kan lagi pointer korang.korang akan belajar what is computer, input and output devices and so onn.korang akan diajar utk buat table power point dan subjek nie paling banyak topic and bagi shaz amat memboringkan.hehe

So, korang dah tahu kan ape yang korang akan belajar nanti and soalan majority orang tanye shaz susah tak belajar law, best tak? macam mana nk score and so onn. bagi shaz dalam hidup nie tak de benda yang senang melaikan kita berusaha. yang paling penting korang jangan terlalu confident dengan ape yang korang dapat sbb kalau shaz di uitm merbok dlu student law lah paling famous maybe sbb cara pemakain dia berbeza drp student2 lain sbb law lg profession. seriously shaz cakap buku law mmg x de gmbar semua ayat..and bersedialah mental and fizikal korang ye aha. law x de math segalanya korang kena faham and ingat.tp segalanya akan mudah kalau korang rajin berusaha and membaca..

Sebelum lupa, kalau dekat Uitm Merbok utk pelajar law ahad and rabu wajib pakai baju hitam and putih ambil feeling ala-ala law gtu lol. nie my Ex-Classmate KPI005.


Kalau ade ape-ape yang ragu-ragu bleyh je tanye  atau tweet akak trus, kalau comment kat blog nie mungkin akak bace skit kot sbb bz dgn study tp kalau twitter insyaallah akak akan blas ASAP.:) 
good luck !!









06 October 2013

Kenyangkan Perut Anda di Juara Ikan Bakar

Assalamualaikum 

          Salam sore yaa teman-teman sekalian. Dulu shaz janji nak update blog up to date right memandangkan datin amat bz sekarang ini so hari nie baru laa sempat nak update blog setelah sebulan menghilangkan diri and membuatkan blg ini berdebu. Cerita nie dah basi sebenarnya tapi tak kisah shaz still nak update juga and nak u all baca. Ramai teman-teman daripada luar bila datang je kat kelantan pasti tanye shaz, kat mane ikan bakar yang best-best. 

          So shaz nak kongsi laa nie. sebenarnya banyak je tempat-tempat yang best and yang paling best nye kat PCB laa (Pantai Cahaya Bulan) tempat my family and shaz selalu makan. Restoren Juara Ikan Bakar ni atas air. Orang cakap restoren terapung but i don't think so. ahak ! ni lah tempat dia. actually nak ambil signboard dia tp memandangkan restoren ini dalam proses renovation so tak dapat lah. tapi korang jangan risau kedai dia mudah je nak cari kedai dia tepi jalan and korang akan nampak label " Restoren Juara Ikan Bakar "


        Banyak menu yang korang boleh pilih kat sini and terdapat package juga. asal kedai ni tak ramai eyh? okey korang nampak tak besi kat belakang tu haa..lagi dalam proses pembaikian.shaz and family tersalah pergi mase tu..patut laa tak de orang tapi restoren dia buka je sampai pukul 2 pagi. 


           Pasal lauk-lauk kat sini korang tak yah risau sebab semua lauk kat sini segar-segar and diambil terus daripada laut.kat sini ade beberapa package yang boleyh korang pilih. tgk je laa kat bawah nie k. 




          lau korang tak nak makan dalam bentuk package korang bleyh je minta ala carte. tapi makanan camni better makan ramai-ramai, banyak lauk yang mereka hidang and harganya juga sangat berpatutan. kami order package B. and makan sehingga menjilat jari. ^_^


          Inilah makanan yang mereka sediakan (package B) terdapatnya sotong celup tepung, ikan siakap 3 rasa, ikan tuko belacan and tomyam.

Selamat Datang ke Kelantan and selamat menjamu selera. 
bye 3 !







27 March 2013

Bioglo Mask

Hai and Assalamualaikum.

Seperti biase shaz akan kongsikan cerita-cerita terbaru buat follower shaz setelah sekian lama berdiam diri. ahak! Setiap wanita ingin cantik bukan shaja dari segi luaran malah dalaman juga. Oleh itu, penjagaan kulit wajah amat penting terutama seawl remaja lagi. Shaz nak share satu product yang shaz telah pakai berbulan-bulan and alhamdulillah product ini memberikan kesan yang sangat baek pada kulit wajah shaz iaitu product drp Bioglo

RM 29.00 (Dapatkan di Cosway Farmasi yang berdekatan)

Mineral Clay Mask made with lllite and Kaolin Clays, yang mana kaya dengan mineral yang mana mampu menyerap bendasing dan juga mampu menyerap lebihan minyak pada kulit muka. With algae, aloe, cucumber and chamomile extracs to hydrate and soothe the skin and Witch Hazel to help minimize the appearance of pore. Kulit akan lebih smooth and clean. 

Direction for use :

Apply a generous amount eventy onto cleansed and dry skin, avoidingthe eye area. Leave on for 10-15 minutes and rinse off troroughly with water. Untuk kesan yang lebih baik gunakan toner dan moisturizer. for the best result, use twice a week. 

selamat mencuba





15 January 2013

cara nak letak CCTV dalam blog

hai and Assalamualaikum

hari nim shaz nak ajar korang camne nk letak CCTV dalam blog cam kat bawah nim. 




shaz comfirm pasti lepas nim copy cat-copy cat dan penceroboh di luar sana tak berani nk pecah masuk blog korang. blog korang dah ade bodyguard you know? mmg power arh. nak-nak nila terpampang note amaran "sesiapa yang mencuri akan didakwa, dan akan didenda RM 20 000"
pasti semakin kurang follower korang nanti. actually sebenarnya CCTV itu adalah sebagai hiasan je. utk menampakkn blog korang bertambah cantik. ^_^


sape-sape berminat boleyh ikut tutorial ini.:


Template Designer/ Denim / Washed Denim etc

1. Dashboard > Design > Page Element > Add Gadget > HTML Javascripts
2. copy code yang kat bawah nim.


<div style="position: fixed; top: 0px; right: 0px;">
<center><img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi605vax_Zdx4c53SGnz3jOqMZCDDOFKq2EiC7Dr_ioPfPqtiS1I8QaP-cXqQshcbecnTUx0WCMmxjzwZWMsISj9inhPp9GQYRCw9bXCqieYcjHGjhx5gnpJdAD6kYocMQ10RmGK99HwX4/s1600/cctv.gif"/></center></div> 

 




3. then paste dekat Javascript
4. lastly, tekan save.

note: jikalau nak sebelah kiri. tulisan yang merah tu ditukarkan kepada left


selamat mencuba ya!







13 January 2013

cara tradisional untuk hilangkan parut jerawat pada muka.

Assalamualaikum..

korang sayang tak muka korang? pasti sayang kan. lelaki mahupun wanita semua sayang muka diew. tapi ade segelintir masyarakat yang tak sayangkan kulit sendiri. Ade juga yang mengabaikan kulit muka mereka. memang tak ambil peduli langsung lah, ade muka tapi cam tak de. ^_^ lau korang nak tau kerana muka lah seseorang tu boleyh jatuh cinta pada kita . u know what? bila muka kita bersih, cantik orang pun pasti tertarik. sebenarnya yang tak jaga muka mereka tu sebenarnya mereka bukan tak nak jaga tapi mereka mungkin tidak mengetahui cara-cara nk jaga kulit muka mereka. nak-nak pula bila jerawat yang meninggalkan parut.

shaz bukan nk cakap kulit shaz licin ke cantik ke sihat ke. shaz juga ade parut cam u all tapi alhamdulillah parut shaz semakin hari semakin berkurang btw still ade. mmg mengambil masa yang agak lama laa kan nk hilangkan parut nim. nak story sedikit, lupa mase muka shaz berparut, mak oit! nak bergambar pom malu..malu sesangat sbb bergmbar je parut yg nampak tuan tak nampak. haa lebih kurang camtu laa..then sudah pastinya keyakinan diri kita akan menurun.u cuba bayangkan mase nk presentation muka shaz berparut. orang tak focus pun pada kita org focus pade parut kita.. "mungkin ade yang siap bilang lagi kot brape byk parut shaz pde muka..hihi..mmg amat sides sgt.and alhamdulillah shaz dpt hilangkan parut yang shaz ade dgn berjumpa my pakar, iaitu my nenek. nenek selalu kasi petua-petua pada shaz.

hari nim shaz nak kongsi dengan u all semua petua yang nenek kasi pade shaz. 

Pertama: menghilangkan parut jerawat dengan kulit kayu manis.



Cara-cara:
1. tumbuk atau kisar beberapa batang kulit kayu manis sehingga menjadi sebuk.
2.  kemudian campurkan serbuk kayu manis tadi dengan sedikit air.
3.  then, sapukan pada bahagian muka yang berparut itu. biarkan ia kering dan basuh muka anda dengan air suam.
4. lau korang nk campurkan serbuk kulit kayu manis dgn yogurt pom bleyh tp yang natural punya.yang biase tanpa perisa.

Kedua: menghilangkan parut dengan timun.


Cara-cara:
1. kisarkan timun itu dan tapiskan airnya.
2.  tampalkan hampas timun itu pada kulit muka anda. biarkan ia selama 30 minute.
3.  basuh muka anda dengan air suam.

Ketiga: menghilangkan parut jerawat dengan kulit kayu manis dan madu lebah.



Cara-cara:
1. Tumbuk atau kisar beberapa kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk.
2. kemudian campurkan serbuk kayu manis itu tadi dengan madu lebah.
3. tempelkan pada kulit muka anda yang berjerawat.
4. keesokkan harinya basuh dengan air suam.

okey..itu semua tips yang nenek kasi pade shaz. btw yang shaz selalu amalkan, yang kedua punya. memang baunya pom sedap dan rasa tak sakit.tp lau kulit kayu manis tu fuh lamak..berair mata dlu sebelum pakai.biasa lah kan, kulit kayu manis kan digunakan dalam masakan utk panaskan badan.sama lah bila u all pakai.mmg rasa panas then gatal2 sedikit. pedih pom ade.so better step yang kedua. ape-ape pom atas citarasa korang lah kan. mana yang lebih selesa, yang itu lah korang pakai. walaubagaimanapun, ia mengambil masa so byk2 lah bersabar.

selamat mencuba ya.

wajah yang cantik hadir dari hati yang murni.